Ramai tidak tahu. Renew road tax tanpa lihat intipati yang ditawarkan insuran/takaful kereta.
Asalkan paling murah, terus bayar. Bila nak claim baru tahu tidak dilindungi, menyesal tidak
lagi berguna.

Kos baik pulih kereta tenggelam sangat tinggi. Hendak dijual, tidak laku. Pinjaman bank masih
perlu dibayar .

Ini yang dihadapi ramai ketika bencana banjir menyerang negara sebelum ini. Tidak membeli
perlindungan tambahan iaitu special perils.

Jabatan MetMalaysia sudah memaklumkan 4 hingga 6 gelombang monsun dijangkakan akan
berlaku pada bulan November sehingga Mac.

Jika anda berada di tempat kawasan yang rendah atau terdedah kepada banjir,
pastikan insuran kereta anda mempunyai lindungan untuk bencana banjir.

 

WhatsApp Image 2022 12 26 at 10.38.20 AM