Anda hanya baring sekejap di katil hotel, tetapi merenyam satu badan dan anda tahu cadar
hotel sebenarnya tidak diganti.
Pernahkah anda memasuki satu tempat, kemudian tiba tiba anda bersin dan terbatuk batuk?
Anda bukanlah cerewet, tetapi memang tubuh anda mempunyai reaksi terhadap kekotoran
(walaupun jenis kekotoran yang tidak dapat dilihat dari mata kasar)
Ini menunjukkan anda alah atau mempunyai alergi kepada habuk dan kekotoran.
Tempat yang ada banyak tahi cicak dan sawang juga boleh menyebabkan gejala yang sama.
Persekitaran yang berhabuk ini sebenarnya ada sejenis hama atau kutu kecil.
Hama ini yang selalu meransang sistem imun anda untuk mengeluarkan sel sel radang
menyebabkan gejala alahan.
Langkah terbaik adalah menghindar persekitaran yang kotor. Jika gejala berterusan perlu
dapatkan rawatan
- Seterusnya
- Seterusnya >>