Seperti mana buah buahan lain, amalkan membasuh kurma sebelum makan. Kurma mungkin
ada kesan pasir dan habuk. Jika penjual telah lap mungkin ia tidak bersih.
Jangan risau, rasa dan khasiat kurma tidak terjejas jika anda basuh kurma. Sebenarnya penjual
dan pembekal sendiri sarankan untuk mencuci kurma sebelum makan. Cuma, pembekal tidak
dapat cuci kerana bimbang rosak akibat kelembapan tinggi
Cara nak bersihkan kurma
✅ Rendam terlebih dahulu dalam air garam dalam 5 - 10 minit
✅ Bilas dengan air bersih dan tapis
✅ Jemur semula di bawah panas terik matahari (kurma akan kembali juicy) Atau boleh
dimakan begitu sahaja.
✅ Untuk penyimpanan, boleh simpan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup (boleh tahan lama)
Sebelum makan, boleh kopek dahulu kurma untuk pastikan tiada serangga tersembunyi