Jangan sangka, anak yang duduk di rumah SELAMAT jika mereka mempunyai akses kepada
aplikasi sebegini. Pemangsa kini telah menukar modus operasi mereka untuk mencari mangsa
mereka dengan mudah menerusi aplikasi sosial.

Tips untuk keselamatan

✅ Tetapkan peraturan bagaimana dan bilakah anak anak boleh berkomunikasi secara online

✅ Wujudkan masa berkualiti dengan anak anak untuk online bersama

✅ Bercakap dengan anak mengenai keselamatan dan isu semasa

✅ Mendengar apa kebimbangan dan pertanyaan mereka

✅ Beritahu mereka contoh perbualan tidak selamat dan ancaman yang ada

✅ Ajar anak untuk kenal pasti pemangsa

✅ Pastikan anak mempercayai anda dan mengiktiraf anda sebagai pelindung, bukan penghukum

Anda sahaja yang menjadi benteng keselamatan anak anak , bukan orang lain.
Jika bukan anda yang mengambil tanggungjawab ini, tiada siapa yang akan memantau.

 

WhatsApp Image 2023 04 03 at 9.53.49 AM