Sabah merupakan negeri yang mempunyai prevalen tertinggi pesakit talasemia khususnya
dikalangan masyarakat Kadazandusun.
Talasemia adalah penyakit keturunan. Jika kedua dua pasangan adalah pembawa genetik
talasemia, anak ada risiko menjadi pesakit talasemia major.
Pesakit talasemia major tidak boleh menghasilkan darah. Sepanjang hidupnya perlu menjalani
pemindahan darah setiap 2 minggu.
Lama kelamaan ada banyak komplikasi termasuk limpa bengkak, kerosakan hati dan jantung
dan masalah bantut.
.
Berita baik, pembawa talasemia boleh mengetahui status mereka dengan menjalani ujian
saringan talasemia. Ia percuma dan elok dilakukan awal sebelum pasangan berkahwin.