Walaupun jarang berlaku, namun sabotaj hidangan dengan bahan bahan kotor boleh berlaku.

Biasanya, pengendali makanan memang diketahui tidak akan mensabotaj makanan yang
dimasak untuk pelanggan, kerana ia melibatkan reputasi dan kesan jangka masa panjang.

Tetapi ia boleh berlaku terutama apabila melibatkan konflik antara pengendali makanan
dan pelanggan. Sebab itu sangat penting untuk saling menghormati & berkomunikasi dengan baik.

Jika anda tidak puas hati dengan hidangan yang dimasak, buat teguran dengan baik.
Semasa pesanan dibuat, beri instruction yang jelas kepada pekerja.

Walaubagaimanapun jika anda meragui kebersihan makanan yang dihidangkan,
laporkan kepada Pejabat Kesihatan berhampiran. Pemeriksaan akan dilakukan untuk mengesan
sebarang perlanggaran peraturan makanan.

 

WhatsApp Image 2023 05 23 at 3.48.48 PM