Skin tags atau kutil kulit adalah ketumbuhan kulit yang tidak berbahaya. Ia biasa berlaku
di pelipat kulit seperti leher, ketiak, bawah payudara, kelopak mata.

Ia tidak bahaya tetapi boleh menjejaskan penampilan dan boleh menyebabkan kesakitan apabila
tersangkut pada barang kemas dan bergesel dengan pakaian.

Berikut adalah cara untuk mencegah Skin Tag

1. Mengekalkan berat badan yang sihat:
obesiti dikaitkan dengan peningkatan risiko skin tag, mengekalkan berat badan yang sihat
boleh mencegah skin tag

2. Elakkan geseran kulit:
Cuba kurangkan geseran kulit di leher, ketiak dan peha. Memakai pakaian yang longgar
dan mengelakkan aksesori yang bergesel pada kulit mungkin membantu.

3. Pastikan kulit bersih dan kering
Kelembapan di kawasan pelipat boleh memburukkan lagi geseran di kawasan berisiko skin tag.
Pastikan kawasan ini bersih dan kering.

4. Penjagaan kulit yang betul:
Bersihkan dan lembapkan kulit anda dengan kerap untuk memastikan ia sihat.

Prosedur untuk membuang skin tags adalah menerusi pembedahan kecil yang boleh dilakukan oleh doktor.

Membuang sendiri menggunakan rambut, gunting dan pisau tidak digalakkan kerana risiko
kecederaan dan pendarahan.

 

WhatsApp Image 2023 07 28 at 10.53.21 AM