Strok andalah antara punca kematian utama rakyat Malaysia. Terdapat 2 jenis strok utama

1) Ischemic stroke- strok yang berlaku akibat saluran darah di otak tersumbat.
Menyebabkan bekalan oksigen ke bahagian otak terganggu. 87% kejadian strok adalah
berpunca dari ischemic stroke

2) Hemorrhagic stroke - strok yang berpunca dari saluran darah otak pecah dan berdarah.
Situasi ini yang dikatakan sebagai pendarahan otak akibat strok

Punca utama yang menyebabkan saluran darah otak pecah adalah akibat tekanan darah
TERLALU TINGGI untuk tempoh masa yang lama.

Bagaikan belon yang di tiup besar, lama kelamaan ia akan meletup dan pecah.
Sebab itu sangat penting untuk memastikan tekanan darah terkawal dengan mengambil rawatan.

Kebiasaanya pesakit akan mengadu sakit kepala secara tiba tiba. Mereka mungkin lumpuh
separuh badan, hilang penglihatan dan tidak boleh bertutur. Dalam keadaan yang lebih serius,
kes akan muntah dan tidak sedarkan diri.

Pada tahun 2022, 6.5% kematian rakyat Malaysia adalah berpunca dari strok.
Cegah strok dengan amalan gaya hidup yang sihat

* mencucuk hujung jari menggunakan jarum tidak akan meredakan tekanan darah,
bawa pesakit dengan cepat ke jabatan kecemasan

 

WhatsApp Image 2023 07 31 at 2.58.32 PM