Perlukah kulit buah peach di buang?

Terdapat kegusaran sesetengah pengguna akan sisa bahan beracun yang terdapat pada
permukaan kulit buah peach (dan buah buahan lain)

Cara yang terbaik adalah dengan membasuh buah buahan sebelum makan. Tidak perlu gunakan
sabun khas, cukup sekadar gunakan air bersih dan gosokkan dengan perlahan dan keringkan

Tiada bukti menunjukkan keberkesanan sabun khas buah berbanding air biasa. Malah ada
kebimbangan sisa sabun boleh melekat pada pori halus kulit buah buahan

Jika anda was was, bolehlah mengupas kulit buah peach dan hanya makan isi kandungan
dalamnya sahaja.

Dalam kes yang terpencil, terdapat individu mengalami alahan kepada buah peach.
Jika anda mengalami kegatalan mulut atau tekak selepas makan buah peach, anda mungkin
mengalami sindrom alahan mulut (OAS), kadangkala dipanggil sindrom alahan makanan
debunga (PFAS).

Gejala alahan lain termasuklah

✅ Sakit perut, cirit-birit, loya, muntah, kekejangan perut
✅ Gatal-gatal (urtikaria alahan), gatal-gatal, ekzema
✅ Semput, hidung tersumbat, sesak nafas, batuk berulang

Dapatkan pemeriksaan segera jika ada gejala alahan

 

WhatsApp Image 2023 08 04 at 11.43.02 AM