Sunroof kenderaan BUKAN untuk anak berdiri keluar dan mengeluarkan kepala atau
separuhbadan semasa kenderaan bergerak. Ia hanya berfungsi untuk panaroma pemanduan dan
pengudaraaan.

Bayangkan jika ada papan tanda atau tali halus merentang jalan atau ada serangga/ bendasing
tercampak dan terkena wajah. Belum lagi jika kereta brek kecemasan atau kenderaan masuk
ke lopak besar.

Jika anda melihat aksi ini di jalanraya, ambil gambar dan laporkan ke pihak berkuasa.

Pemandu boleh di dakwa di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan, iaitu atas perbuatan cuai
sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

 

WhatsApp Image 2024 05 20 at 10.18.41 AM