Semasa tempoh musim panas dan kering ini dilaporkan banyak kejadian ular masuk masuk ke rumah.
Untuk mencegah kehadiran ular, pastikan rumah bebas dari longgokan barang yang redup dan gelap untuk
ular bersembunyi. Pastikan kawasan rumah bebas dari tikus yang boleh menjemput kehadiran pemangsa.
Ular mempunyai deria bau yang cukup sensitif, oleh itu ia tidak suka bau bauan yang kuat. Sebagai langkah
pencegahan, semburkan campuran minyak cengkih dan kulit kayu manis di keliling rumah, atau tempat yang
pernah ular di lihat.
Membela kucing dan anjing juga boleh membantu kerana ia dapat mengurangkan populasi tikus dan ular
secara semula jadi tidak suka kepada haiwan ini.
- Seterusnya
- Seterusnya >>