PLUS Malaysia Berhad (PLUS) terpaksa menunda tarikh pelaksanaan sistem kutipan tol menggunakan RFID di semua plaza tol sistem tertutup di Lebuhraya PLUS dan LPT2 yang dijadualkan bermula pada 1 April yang akan datang. Ketika penularan wabak Covid-19, keselamatan dan kesihatan kakitangan PLUS termasuk pelanggan lebuh raya adalah menjadi keutamaan. Oleh itu, semua ujian dan kerja progresif berkaitan sistem tersebut dihentikan sementara di bawah “Perintah Kawalan Pergerakan” (MCO).
Source: https://www.plus.com.my/