SEKOLAH KEBANGSAAN PASOH 1

 

SKP 1 atau Sek. Keb. Pasoh 1  72300 Simpang Pertang Jelebu yang keluasan tanahnya berjumlah 10 ekar dibina pada April 1972 dan dibuka dengan rasminya pada pertengahan tahun 1974.Bangunan sekolah ini terdiri daripada dua blok bangunan asal 2 tingkat, 1 blok bangunan gotong—royong , sebuah kantin dan sebuah surau yang didirikan secara gotong-royong. 

 

photo1711244850 6

 

photo1711244850 7                                                photo1711244972 1

photo1711244959 4                                                photo1711244843 3

photo1711244959 3                                                photo1711244843 4


 

 

PERPUSTAKAAN DESA FELDA PASOH 1

 

Perpustakaan Desa merupakan salah satu daripada cara kerajaan untuk merapatkan jurang maklumat di antara penduduk di desa dan penduduk bandar. Perpustakaan Desa Felda Pasoh 1 merupakan salah satu pembangunan Perpustakaan Desa. Perbadanan perpustakaan turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah Jelebu, ADUN Kuala Klawang, dan Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK). Perpustakaan Desa Felda Pasoh 1 adalah projek khas Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2008. Mula beroperasi pada 16 Jun 2009 dan menjadi tumpuan penduduk terutamanya golongan muda. Keahliannya sehingga tahun Oktober 2013 adalah seramai 935.
 

photo1711244856 1                                              photo1711244856


 

 TABIKA KEMAS FELDA PASOH 1

 

Tabika KEMAS Felda Pasoh 1 terletak bersebelah dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) mempunyai 3 kelas iaitu kelas A, B & C. Kelas 1C menempatkan kanak-kanak berumur 4 dan 5 tahun. Manakala kelas 1A dan 1B menerima kanak-kanak berumur 6 tahun.

 

photo 6053097427336018274 y

 

photo 6053097427336018209 y


 

 

PUSAT LITERASI KELUARGA (PLK) FELDA PASOH 1

 

Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi kanak-kanak dari 2 hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada”. golongan sasaran adalah kanak-kanak luar bandar dan di pinggir bandar.

Selain itu, kaedah bercerita juga digunakan bagi menarik minat kanak-kanak seterusnya dapat menanam nilai-nilai yang baik dalam diri kanak-kanak. Aspek pembangunan fizikal, mental emosi dan intelektual juga diterapkan dalam pendidikan awal kanak-kanak di PLK. Program ini melibatkan kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun. PLK beroperasi tiga kali seminggu iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu selama tiga jam iaitu bermula pada 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

 

photo 6053097427336018263 y

 

photo 6053097427336018265 y