SEKOLAH KEBANGSAAN PASOH 1 (F)
SKP 1 (F) atau Sek. Keb. Pasoh 1 (F) 72300 Simpang Pertang Jelebu yang keluasan tanahnya berjumlah 10 ekar dibina pada April 1972 dan dibuka dengan rasminya pada pertengahan tahun 1974.Bangunan sekolah ini terdiri daripada dua blok bangunan asal 2 tingkat, 1 blok bangunan gotong—royong , sebuah kantin dan sebuah surau yang didirikan secara gotong-royong. SKP1 (F) ini terdiri daripada 4 orang guru pentadbiran, 21 orang guru akademik dan 6 orang staf sokongan.
SEKOLAH KEBANGSAAN PASOH SATU (F)
72300 SIMPANG PERTANG
NEGERI SEMBILAN
NO TEL : 06 - 4952367
NO FAX : 06 - 4951245
EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)atau “Community-Based Rehabilitation” (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. PDK Felda Pasoh 1 & 4 telah ditubuhkan pada 20 Jun 1994
Nama : | PDK Felda Pasoh 1 & 2 |
Alamat : | Felda Pasoh 1 72300 Simpang Pertang Negeri Sembilan |
No Telefon/Fax : | 06-4951273 |
Perpustakaan Desa Felda Pasoh 1
Perpustakaan Desa merupakan salah satu daripada cara kerajaan untuk merapatkan jurang maklumat di antara penduduk di desa dan penduduk bandar. Perpustakaan Desa Felda Pasoh 1 merupakan salah satu pembangunan Perpustakaan Desa. Perbadanan perpustakaan turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah Jelebu, ADUN Kuala Klawang, dan Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK). Perpustakaan Desa Felda Pasoh 1 adalah projek khas Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2008. Mula beroperasi pada 16 Jun 2009 dan menjadi tumpuan penduduk terutamanya golongan muda. Keahliannya sehingga tahun Oktober 2013 adalah seramai 935.