Halaman 3 dari 3
Pendidikan
Perpustakaan Desa Felda Pasoh 1
Perpustakaan Desa merupakan salah satu daripada cara kerajaan untuk merapatkan jurang maklumat di antara penduduk di desa dan penduduk bandar. Perpustakaan Desa Felda Pasoh 1 merupakan salah satu pembangunan Perpustakaan Desa. Perbadanan perpustakaan turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah Jelebu, ADUN Kuala Klawang, dan Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK). Perpustakaan Desa Felda Pasoh 1 adalah projek khas Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2008. Mula beroperasi pada 16 Jun 2009 dan menjadi tumpuan penduduk terutamanya golongan muda. Keahliannya sehingga tahun Oktober 2013 adalah seramai 935.
- << Seterusnya
- Seterusnya