PUSAT LITERASI KELUARGA (PLK) FELDA PASOH 1
Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi kanak-kanak dari 2 hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada”. golongan sasaran adalah kanak-kanak luar bandar dan di pinggir bandar.
Selain itu, kaedah bercerita juga digunakan bagi menarik minat kanak-kanak seterusnya dapat menanam nilai-nilai yang baik dalam diri kanak-kanak. Aspek pembangunan fizikal, mental emosi dan intelektual juga diterapkan dalam pendidikan awal kanak-kanak di PLK. Program ini melibatkan kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun. PLK beroperasi tiga kali seminggu iaitu hari Isnin, Selasa dan Rabu selama tiga jam iaitu bermula pada 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi.