Tarikh               : 16 November 2023

Masa                : 10.00 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi              : PEDi Felda Pasoh 1

Peserta            : 10 Orang

 

Tujuan :

  • Program ini bertujuan untuk membantu peserta untuk mengisi borang secara atas talian berpandukan kertas manual yang diberi oleh Pejabat Tanah. Link yang digunakan adalah JKPTG Online (myetapp.gov.my)

 

Aktiviti :

                      • Peserta diberi penerangan tentang cara-cara mengisi borang secara online dan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk dikemaskini ke dalam sistem MyeTaPP secara dalam talian.

 

Tarikh               : 15 November 2023

Masa                : 10.00 Pagi – 11.00 Pagi

Lokasi              : PEDi Felda Pasoh 1

Peserta            : 10 Orang

 

Tujuan :

Untuk memberi pendedahan mengenai laman web Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kepada penduduk komuniti dan mengajar cara-cara membuat kemaskini permohonan STR mengikut turutan yang betul.

 

Aktiviti :

      • Petugas menerangkan mengenai laman web yang disediakan oleh kerajaan bagi membuat kemaskini Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kepada komuniti Felda Pasoh 1 dan komuniti membuat kemaskini dan membuat cetakan salinan kemaskini yang telah dibuat.

Tarikh               : 01 November 2023

Masa                : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi              : PEDi Felda Pasoh 1

Peserta            : 10 Orang

 

Tujuan :

Program ini merupakn hasil inisiatif PEDi untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta usahawan membuat kertas kerja bagi memantapkan diri dalam membuat kertas kerja yang lebih baik.

 

Aktiviti :

    • Peserta membuat latihan menaip maklumat yang perlu diisi didalam word.

Tarikh               : 03 November 2023

Masa                : 3.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi              : PEDi Felda Pasoh 1

Peserta            : 10 Orang

 

Tujuan :

Untuk memberi pendedahan kepada ahli PEDi Felda Pasoh 1 terutama pelajar sekolah untuk mendalami ilmu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dengan menggunakan internet sebagai modus operandinya.

 

Aktiviti :

      • Petugas menerangkan tentang permainan Haiwan Kertas Bergerak, dan konsep sains di sebalik permainan ini. Peserta menghasilkan sendiri haiwan kertas menggunakan kreativiti masing-masing berpandukan templat yang disediakan.

Tarikh               : 20 Oktober 2023

Masa                : 4.00 Petang – 6.00 Petang

Lokasi              : PEDi Felda Pasoh 1

Peserta            : 15 Orang

 

Tujuan :

Program ini merupakn hasil inisiatif PEDi untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah cara menyampaikan pengucapan awam dengan baik dan berkesan.

 

Aktiviti :

    • Petugas menerangkan cara memberi pengucapanawam dengan baik dan berkesan dengan bantuan video.

Sub-kategori