Tarikh : 11 Ogos 2017
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 2 Orang
Tujuan
- Kelas ini dihadiri oleh warga emas Felda Pasoh Satu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan kecekapan peserta dalam menggunakan komputer dengan lebih berhemah. Selain itu, dapat memperkenalkan aplikasi Dashboard Pi1M kepada komuniti setempat serta memberi pendedahan mengenai aspek yang terdapat didalam Klik dengan Bijak. Para peserta juga dapat meningkatkan kemahiran menaip dalam masa yang singkat.
Aktiviti
Para peserta diajar mengenai kemahiran komputer penggunaan MIcrosoft Office(Word). Mereka dapat meningkatkan kemahiran menaip menaip iaitu menaip sajak terpantas sempena bulan kemerdekaan. Di samping itu, para peserta didedahkan dengan membuka laman web Dashboard Pusat Internet 1 Malaysia menggunakan komputer dan memuat naik status di bahagian MyKomuniti.
Tarikh : 5 Ogos 2017
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 1
Peserta : 3 Orang
Tujuan
- Kelas ini dihadiri oleh belia Felda Pasoh Satu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu para belia memohon pekerjaan secara atas talian justeru membantu meningkatkan kecekapan peserta dalam menggunakan komputer dengan lebih berhemah.
Aktiviti
Para pelajar dapat mengakses Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi memohon pekerjaan. Selain itu mereka juga didedahkan dengan menjawab kuiz 'online' KDB serta pertandingan menaip terpantas. Para pelajar membuat akaun SPA dan juga mengemaskini akaun SPA bagi pelajar yang telah mempunyai akaun tersebut. Berdasarkan kelas sebegini, peserta dapat mempelajari dan mengetahui bagaimana ingin memohon pekerjaan atau memohon untuk menyambung pelajaran ke peringkat university dengan lebih mudah.