BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Siti Nur Fatiha Binti Zulkeflee
Umur : 11 tahun
Ahli : 11 Januari 2019

 

Latar belakang

Adik Siti Nur Fatiha Binti Zulkeflee merupakan seorang pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 1, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak kedua daripada 5 adik beradik. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. Pada masa lapang, beliau akan hadir ke Pusat Internet Komuniti Felda Pasoh 1 bagi menyertai aktiviti atau latihan yang diadakan di Pusat Internet Komuniti.

 

  1. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
  2. Beliau mengalami kesukaran dalam mencari bahan rujukan bagi tujuan pembelajaran. Disebabkan oleh masalah kewangan, beliau harus berkongsi aplikasi dan telefon pintar bersama-sama adik beradik yang lain.

 

  1. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
  2. Setelah mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti anjuran PIK, adik Siti Nur Fatiha mula berjinak-jinak dengan aktiviti ICT dan beliau kini dapat menyiapkan tugasan kerja sekolah yang memerlukan capaian internet tanpa ada gangguan. Penggunaan komputer memudahkan adik Siti Nur Fatiha mencari rujukan dengan bantuan dari petugas Pusat Internet Komuniti. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran komputer adik Siti Nur Fatiha. Adik Siti Nur Fatiha juga mengikuti E-Tuisyen yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti pada setiap bulan.