BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Damia Maisara Binti Abdullah
Umur : 12 tahun
Ahli : 4 Disember 2017

 

Latar belakang

Adik Damia Maisara Binti Abdullah merupakan seorang pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 1, Negeri Sembilan. Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana. Adik Damia juga sering kali mendapat keputusan peperiksaan baik. Beliau sering mengunjungi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Pasoh 1 bersama rakan nya dan melayari internet untuk menonton video online. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan, Adik Damia hanya datang untuk melayari internet di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Pasoh 1. Setelah dipelawa oleh petugas untuk menyertai kelas mingguan asas komputer, beliau menunjukkan minat dan telah mengikuti kelas asas komputer anjuran Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Pasoh 1 sejak bulan Januari 2019.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

  1. Setelah mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti anjuran Pusat Ekonomi Digital (PEDi), adik Damia mula berjinak-jinak dengan aktiviti ICT dan beliau kini dapat menyiapkan tugasan kerja sekolah dengan mudah. Penggunaan komputer memudahkan adik Damia mencari rujukan dengan bantuan dari petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran komputer adik Damia. Adik Damia juga mengikuti E-Tuisyen yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDi) pada setiap bulan.