BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Wan Siti Mariam Bt Wan Abdul Aziz   
Umur : 23 tahun
Ahli : 21 September 2016

 

Latar belakang

Cik Siti Mariam merupakan belia yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dirumah. Pada awal tahun 2022, beliau telah mendapat tawaran pekerjaan di Seremban sebagai ejen hartanah yang bermula pada awal Mac 2022. Beliau telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dokumen pentadbiran syarikat. Menyedari hal ini, Cik Siti Mariam telah datang ke PEDi Felda Pasoh bagi mempelajari asas komputer bagi memudahkan urusan pekerjaannya nanti.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Bagi melaksanakan tanggungjawabnya, keperluan ICT terutamanya pengurusan dokumen, minit mesyuarat, penggunaan email amat penting di dalam tugasnya. Semenjak bulan Januari hingga awal bulan Mac, beliau sangat aktif dalam menghadirkan diri ke kelas yang di laksanakan bagi kategori belia.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan di PEDi , beliau boleh berdikari dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan ICT seperti penghantaran tugasan melalui e-mail, membuat minit mesyuarat (Microsoft Word), mereka cipta poster menggunakan Canva.com bagi tujuan pengiklanan rumah dan sebagainya. Beliau turut mempelajari cara mengambil gambar dengan betul dan membuat video dengan lebih menarik menggunakan  aplikasi Inshot.