BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Nurfaridah Binti Tubi  
Umur : 31 tahun
Ahli : 25 April 2010

 

Latar belakang

Cik Nurfaridah merupakan belia di Felda Pasoh 1 yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dirumah. Beliau sering melibatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh PEDi Felda Pasoh 1.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan di PEDi, beliau hanya mengetahui perkara-perkara asas mengenai komputer sahaja dan hanya menggunakan internet untuk melayari laman sosial dan menonton Youtube.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  1. Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan di PEDi , beliau sudah mahir dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan ICT seperti penghantaran tugasan melalui email, membuat minit mesyuarat (Microsoft Word), mereka cipta poster menggunakan Canva.com bagi tujuan pengiklanan rumah dan sebagainya. Beliau turut mempelajari cara mengambil gambar dengan betul dan membuat video dengan lebih menarik menggunakan aplikasi Inshot.