BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama Nisrina Binti Ahmad Bakhtiar
Umur : 9 tahun
Ahli : 17 September 2010

 

Latar belakang

Adik Nisrina merupakan anak jati Negeri Sembilan yang berasal dari Seremban tetapi menetap di Felda Pasoh 1 kini seorang pelajar Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Pasoh Satu. Adik Nisrina merupakan anak kedua daripada 3 orang adik beradik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada permulaan, Adik Nisrina hanya datang untuk melayari internet di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Pasoh 1. Setelah dipelawa oleh petugas untuk menyertai kelas mingguan asas komputer, beliau menunjukkan minat dan telah mengikuti kelas asas komputer anjuran Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Pasoh 1 sejak bulan April 2022.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  1. Setelah mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti anjuran Pusat Ekonomi Digital (PEDi), adik Nisrina mula berjinak-jinak dengan aktiviti ICT dan beliau kini dapat menyiapkan tugasan kerja sekolah dengan mudah. Penggunaan komputer memudahkan adik Nisrina mencari rujukan dengan bantuan dari petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi).