BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama Nur Daliya Sara Binti MohdSaleh Saifuddin
Umur : 9 tahun
Ahli : 17 September 2022

 

Latar belakang

Adik Nur Daliya Sara merupakan seorang pelajar Tahun Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Pasoh Satu. Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana. Adik Nur Daliya Sara juga sering kali mendapat keputusan peperiksaan baik. Beliau sering mengunjungi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Pasoh 1 bersama rakan nya dan melayari internet untuk menonton video online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada permulaan, Adik Nur Daliya Sara hanya datang untuk melayari internet untuk menonton video di Youtube sahaja. Setelah dipelawa oleh petugas untuk menyertai kelas mingguan asas komputer, beliau menunjukkan minat dan telah mengikuti kelas asas komputer anjuran Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Pasoh 1 sejak bulan April 2022 bersama rakan-rakannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  1. Setelah mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti anjuran Pusat Ekonomi Digital (PEDi), adik Nur Daliya Sara mula berjinak-jinak dengan aktiviti ICT dan beliau kini dapat menyiapkan tugasan kerja sekolah dengan mudah. Penggunaan komputer memudahkan adik Nur Daliya Sara mencari rujukan dengan bantuan dari petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran komputer adik Nur Daliya Sara.