USAHAWAN ANEKA MAKANAN

Nama : Noorazlita Binti Ahmad
Umur : 42 tahun
Ahli : 25 Disember 2010

 

 

Latar belakang

Puan Norazlita merupakan bekas Jururawat di Klinik Kesihatan Felda Pasoh 1. Beliau memulakan perniagaan aneka makanan sebelum berpencen awal dari menjadi jururawat lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awalnya perniagaan beliau hanya diketahui oleh orang terdekat sahaja. Melalui penglibatan dalam kelas yang dianjurkan di PEDi, beliau memperoleh ilmu dalam bidang keusahawanan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  1. Melalui kelas keusahawanan yang disertai di PEDi, Puan Norazlita semakin mahir dalam mempromosikan produk perniagaannya. Beliau juga sudah mempunyai sijil SSM yang didaftarkan secara atas talian dengan tunjuk ajar petugas.Beliau juga membuat QR Pay sendiri dan Sticker perniagaan menggunakan Canva. Kini, jumlah pelanggan / pembeli Puan Norazlita semakin bertambah dari sehari ke sehari dan pendapatan Puan Norazlita turut meningkat dari semasa ke semasa.