USAHAWAN ANEKA MAKANAN

Nama : Aziezan Bin Abidin
Umur : 39 tahun
Ahli : 03 September 2021

 

Latar belakang

Encik Aziezan merupakan bekas konsultan di Melaka. Beliau memulakan perniagaan aneka makanan berasaskan percik dan ternakan seperti ikan keli,udang kara dan kambing selepas kembali pulang ke kampung halaman untuk menjaga orang tuanya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awalnya perniagaan beliau hanya diketahui oleh orang terdekat sahaja. Melalui penglibatan dalam kelas yang dianjurkan di PEDi, beliau memperoleh ilmu dalam bidang keusahawanan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  1. Melalui kelas keusahawanan yang disertai di PEDi, Encik Aziezan semakin mahir dalam mempromosikan produk perniagaannya. Beliau juga sudah mempunyai sijil SSM yang didaftarkan secara atas talian dengan tunjuk ajar petugas.Beliau juga membuat QR Pay sendiri dan Touch ‘n Go eWallet bagi memudahkan urusan perniagaan beliau. Kini, jumlah pelanggan / pembeli Encik Aziezan semakin bertambah dari sehari ke sehari dan pendapatan Encik Aziezan turut meningkat dari semasa ke semasa.