BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Hazlin Binti Zainal
Umur : 41 tahun
Ahli : 09 Mei 2010

 

Latar belakang

Puan Hazlin merupakan ketua bagi Projek Ternakan Ikan Keli (PeTIK)

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan di PEDi, beliau hanya datang untuk urusan fotostat dan print sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  1. Setelah mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti anjuran PEDi, Puan Hazlin bersama rakan-rakan yang lain telah mendapat idea untuk membuat kertas kerja bagi memohon bantuan dan sokongan kewangan daripada Jabatan Perikanan Jelebu, Negeri Sembilan untuk menjayakan projek ternakan ikan keli (‘sembilang’) secara berkelompok di Felda Pasoh 1. Pelaksanaan projek ikan keli (PeTIK) myKP ini juga dapat memupuk semangat kerja secara berkumpulan yang berdaya saing secara sihat. Selain itu, projek ternakan ikan keli ini mampu untuk menjadi salah satu faktor tarikan para pelancong yang berkunjung untuk melawat dan mempelajari cara penternakan ikan keli selari dengan program homestay di Felda Pasoh 1.