Nama : Norasmahwati Binti Khalid
Umur : 34 tahun
Ahli : 11 Oktober 2012

 

Latar belakang

Puan Norasmahwati merupakan seorang anak peneroka di perkampungan Felda Pasoh Satu, Jelebu, Negeri Sembilan yang bercita-cita tinggi. Beliau berumur 34 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Berbekalkan minat dan niat untuk membantu suami dalam meningkatkan ekonomi keluarga telah mendorong beliau untuk mula berniaga. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Norasmahwati adalah seorang yang tidak langsung mempunyai ilmu dalam bidang ICT. Tetapi dengan semangat yang kuat, beliau telah menyertai kelas mingguan yang diadakan di Pi1M Felda Pasoh 1. Sebelum ini, Puan Norasmahwati merasakan amat sukar untuk membiasakan diri dengan komputer kerana tidak tahu cara untuk menggunakannya. Tetapi dengan semangat yang tinggi Puan Norasmahwati sangat tekun dan cepat belajar bagi memudahkan urusan dalam mempromosikan perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Pasoh 1, Puan Norasmahwati kini telah memiliki akaun ‘facebook’ sendiri yang dapat membantu mempromosikan perniagaan sulaman dan kraftangan beliau. Melalui ‘facebook’ kini beliau telah berjaya mempromosikan perniagaannya di dalam dan di luar Negeri Sembilan. Selepas promosi yang dibuat melalui laman sesawang ‘facebook’ dan aplikasi ‘whatsapp’, beliau telah menerima banyak tempahan. Contohnya, untuk majlis sambutan Hari Guru, Hari Jururawat, majlis perkahwinan dan sebagainya untuk dijadikan sebagai cenderamata.

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pi1M Felda Pasoh 1 bagi mempelajari teknik pemasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosialBeliau berpendapat bahawa silibus atau kelas yang diadakan banyak memberi peluang pada masyarakat untuk menambah ilmu pengetahuan serta meningkatkan pengetahuan tentang dunia digital. Selain itu, program Dashboard yang terbaru amat menarik untuk dicuba oleh segenap lapisan masyarakat.