BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Khatmee Bin Hj. Ahmad
Umur : 65 tahun
Ahli : 7 Oktober 2016

 

Latar belakang

Puan Hajah Khatmee Bin Hj. Ahmad merupakan isteri peneroka di Felda Pasoh Satu. Beliau juga rajin melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti di kampung dan juga di masjid. Beliau seorang yang kurang mahir menggunakan komputer tetapi mahir menggunakan telefon bimbit.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatannya di PI1M, Puan Hajah Khatmee tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk menggunakan komputer serta mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang borang pembiayaan atau dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas PI1M. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas. Beliau hanya menggunakan telefon pintar semata-mata. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI1M. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI1M, Puan Hajah Khatmee telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI1M. Beliau juga turut menghadiri kelas komputer yang dijalankan di Pi1M pada setiap minggu bersama rakan-rakan yang lain. Dengan bantuan petugas Pi1M, kini Puan Hajah Khatmee boleh berbangga kerana beliau kini sudah semakin mahir menggunakan komputer serta semakin mahir menaip dan menggunakan Microsoft Word tanpa bantuan anak-anak lagi.