USAHAWAN SARAPAN PAGI DAN MASAKAN PANAS
Nama | : Ruziah Binti Salim |
Umur | : 39 Tahun |
Ahli | : 20 Ogos 2019 |
Latar belakang
Puan Ruziah sebelum ini merupakan seorang suri rumah sahaja. Beliau sedar dengan keadaan kos kehidupan yang semakin meningkat membuatkan beliau berjinak-jinak dengan menjual sarapan pagi bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum melibatkan diri dengan NADI, beliau hanya menjual menu sarapan pagi sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas keusahawanan yang dianjurkan NADI, beliau telah berjaya membuka kedai makan di kawasan rumahnya pada waktu petang dan malam. Beliau menyediakan hidangan set asam pedas dengan pelbagai pilihan ikan. Beliau turut mejual pes asam pedas yang dibuat sendiri. Beliau juga mengambil seorang pembantu iaitu seorang ibu tunggal di Felda Pasoh 1 bagi membantu operasi perniagaannya supaya berjalan lancar.
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/1878-usahawan-1-suku-tahun-ke-1-2024#sigFreeIdafceb6316c
- Seterusnya
- Seterusnya >>