Nama : Hajah Khatme Binti Hj Ahmad
Umur : 72 tahun
Ahli : 07 Oktober  2016

 

Latar belakang

Hajah Khatme merupakan seorang warga emas yang sangat aktif di NADI. Beliau telah menjadi ahli NADI sejak dari tahun 2016 lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awal penglibatan beliau bersama NADI, beliau mengikuti kelas warga emas yang dianjurkan di NADI . Melalui kelas warga emas tersebut, beliau mempelajari cara untuk menaip surat, mengenal komponen komputer dan perkara-perkara asas yang mudah dipelajari oleh warga emas. Dalam pada yang sama, beliau juga sering melibatkan diri dengan kelas keusahawanan yang dianjurkan NADI. Melalui kelas keusahawanan yang dihadiri, beliau mendapat inspirasi membuka rumah inap atau  homestay di rumah beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas keusahawanan yang disertai di NADI, Hajah Khatme sudah mahir mempromosikan Homestay Puncak Kasih di media sosial. Beliau juga sudah berjaya mencipta katalog produk di Whatsapp Business. Ia amat membantu beliau kerana dengan adanya katalog ini, ia akan memudahkan pelanggan mencari produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Homestay Puncak Kasih.