USAHAWAN AIR BALANG

 

Nama : Mohamad Kamal Bin Mhd Masri
Umur 29 Tahun
Ahli : 30 Disember 2018

 

Latar belakang

Encik Kamal merupakan seorang pekerja kurier menghantar barang. Namun beliau sedar dengan keadaan kos kehidupan yang semakin meningkat membuatkan beliau berjinak-jinak untuk membuat kerja sambilan dengan menjual air balang bagi meningkatkan ekonomi pendapatan keluarga.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awalnya, beliau kurang pengetahuan dalam mempromosikan produk jualan beliau. Beliau telah hadir ke bengkel usahawan yang dianjurkan oleh petugas NADI bagi menambah ilmu pengetahuan dari segi promosi perniagaan.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas keusahawanan yang dianjurkan NADI, beliau telah berjaya membuka tapak warung menjual air di kawasan rumahnya pada waktu petang. Beliau menyediakan pelbagai jenis air balang serta jualan makanan segera .