USAHAWAN TELUR AYAM SEGAR

 

Nama : Zahraa Akmal Bt Faizal Azni
Umur 33 Tahun
Ahli : 10 Mac 2012

 

Latar belakang

 

Puan Zahraa merupakan seorang wanita yang sangat aktif di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 1. Beliau sering melibatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 1. Beliau juga telah menjadi ahli NADI sejak dari awal pembukaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 1 pada tahun 2012.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Pada awal penglibatan beliau bersama NADI, beliau hanya mengetahui perkara-perkara asas mengenai komputer dan hanya menggunakan internet untuk melayari laman sosial dan menonton Youtube.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas keusahawanan yang disertai di pembukaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 1, pendapan bulanan beliau kini mencecah RM500-RM1,000.00 sebulan mengikut jualan semasa. Selain itu, beliau juga sudah mahir dalam mempromosikan jualannya di Whatsapp group komuniti bagi tujuan mempertingkatkan lagi jualan beliau.