BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

 

Nama : Ahmad Muhaimin Bin Ahmad Nasarudin
Umur : 12 tahun
Ahli : 9 Disember 2022

 

Latar belakang

Adik Ahmad Muhaimin Bin Ahmad Nasarudin adalah anak jati Negeri Sembilan yang kini merupakan seorang pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Pasoh Satu. Beliau merupakan seorang pelajar yang cerdas di sekolahnya. Beliau telah didaftarkan oleh ibunya untuk menjadi ahli di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 1 kerana menginginkan beliau mempelajari asas ICT.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada permulaan, adik Muhaimin hanya datang untuk melayari internet di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 1. Setelah dipelawa oleh petugas untuk menyertai kelas mingguan asas komputer, beliau menunjukkan minat dan telah mengikuti pelbagai kelas asas komputer anjuran Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 1 semenjak menjadi ahli.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

  1. Setelah mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti anjuran di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 1, adik Muhaimin mula berjinak-jinak dengan aktiviti ICT dan beliau kini dapat menyiapkan tugasan kerja sekolah dengan mudah. Penggunaan komputer memudahkan adik Muhaimin untuk mencari rujukan dengan bantuan dari petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 1.