Nama : Mohamad Nazrul Azrie Bin Roslan
Umur : 22 tahun
Ahli : 11 April 2010

 

Latar belakang

Saudara Nazrul merupakan seorang cucu peneroka di perkampungan Felda Pasoh Satu, Jelebu, Negeri Sembilan. Beliau menjadi ahli di Pi1M sejak dari tahun 2010 lagi ketika masih berusia 15 tahun. Di awal kunjungan, beliau terus mendaftar sebagai ahli Pi1M kerana dengan menjadi ahli beliau boleh mendapatkan perkhidmatan Pi1M dengan lebih murah serta menjimatkan. Beliau mula menceburkan diri dalam perniagaan ‘online’ pada awal tahun 2016 iaitu dengan menjual produk minyak rambut atau lebih dikenali sebagai Pomade. Beliau mula menjinakkan diri dengan dunia perniagaan secara atas talian apabila telah menyambung pelajaran di Politeknik Port Dickson. Oleh kerana kos hidup yang tinggi serta duit saku yang diberi oleh ibu dan ayahnya tidak mencukupi membuatkan beliau mula mencari jalan untuk menampung kos hidupnya di Port Dickson.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Saudara Nazrul pernah menghadiri kelas keusahawanan di sini bersama-sama usahawan yang lain bagi mengetahui kaedah promosi yang digunakan mengikut peredaran zaman. Selain itu, beliau menggunakan perkhidmatan komputer dan internet di sini untuk mengakses laman sosial Facebook apabila musim cuti semester. Beliau juga menjalankan urusniaga menjual produk Pomade secara atas talian kepada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia. Produk beliau dipasarkan di laman sosial Facebook iaitu ‘Nazrul Azrie’.

Bagi pasaran kawasan sekitar Jelebu, beliau turut memasarkan di laman sosial Facebook ‘Anak-anak Jelebu’ bagi membolehkan penduduk-penduduk sekitar Jelebu mendapatkan produk Pomade.Tambahan lagi, beliau pernah menggunakan perkhidmatan cetakan berwarna dan ‘laminating’ di Pi1M untuk mencetak gambar-gambar testimoninya untuk dijadikan sebagai bukti keberkesanan produk yang dijualnya. Kini beliau turut mengupah rakan baiknya sendiri yang hanya bekerja sendiri di kampung untuk sama-sama menguruskan tempahan produk yang dilakukan secara ‘whatsapp’  serta melakukan penghantaran ke pejabat pos. Ini kerana, beliau tidak menang tangan untuk melakukannya seorang diri kerana permintaan yang semakin meningkat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau mempunyai pengetahuan asas dalam menggunakan internet. Jika beliau berkunjung ke Pi1M dan menghadapi masalah untuk menggunakan internet, beliau akan merujuk kepada staf yang ada di Pi1M untuk membantu. Dengan perkhidmatan yang sedia ada beliau dapat berhubung dengan pembeli yang bukan terdiri dari pengguna di semenanjung Malaysia malah di Sabah dan Sarawak.

Beliau juga dimaklumkan dengan program baru yang terdapat di Pi1M iaitu Dashboard. Beliau amat tertarik dengan program ini kerana akan dapat memasarkan produk beliau dan memperluas segmen pasaran. Minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan menjadi kenyataan dengan bantuan atau khidmat nasihat dari Pusat Internet 1 Malaysia