Nama : Nor Fadhilah Binti Nasir
Umur : 26 tahun
Ahli : 6 June 2010

 

Latar belakang

Make Up Alley’ atau dikenali sebagai MUA. MUA dalam bahasa mudah ialah kerjaya di dalam bidang ‘make-up’ termasuk ‘make-up’  untuk pengantin, makan malam dan sebagainya. Bidang kerjaya ini dipilih berdasarkan minat yang mendalam Puan Fadhilah tentang solekan.

Ibu tunggal kepada 1 orang anak ini merupakan seorang yang sangat cekal dan tabah. Dengan ekonomi yang tidak menentu pada zaman sekarang dan bekerja seorang diri menanggung anak yang masih kecil membuatkan Puan Fadhilah memilih untuk bekerja sendiri sahaja di kampung. Memandangkan Puan Fadhilah mempunyai minat yang mendalam dalam bidang solekan, kini beliau memilih bidang ini sebagai kerjaya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau hanyalah bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai baju sahaja. Tetapi kerana minat yang mendalam dalam bidang solekan dan atas desakan hidup membuatkan beliau terjun ke bidang solekan ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Atas minat yang mendalam dalam bidang solekan, beliau telah hadir ke kelas-kelas keusahawanan dan berjaya menjadikan bidang ini sebagai kerjaya pada masa kini. Beliau telah dididik dalam penciptaan video dan promosi di media sosial bagi menarik pelanggan untuk membuat tempahan ‘make-up’ di hari bahagia mereka. Hasilnya, tempahan dalam bidang ‘make-up’ meningkat dari masa ke semasa dan dapat membantu beliau untuk menampung kos sara hidup yang tinggi pada masa sekarang.

Anggaran pendapatan untuk sekali ‘make-up’ di dalam majlis resepsi ialah RM 450.00 manakala untuk majlis pertunangan RM 250.00. Pada bulan Disember ini sahaja beliau telah menerima lima tempahan untuk tiga majlis resepsi dan juga dua majlis pertunangan yang menjadikan hasil pendapatan beliau sebanyak RM 1850.00 secara keseluruhannya.

Beliau juga dimaklumkan dengan program baru yang terdapat di Pi1M iaitu Dashboard Komuniti. Beliau amat tertarik dengan program ini kerana akan dapat memasarkan khidmat solekan beliau dan memperluas segmen pasaran. Minat yang mendalam terhadap dunia solekan dan andaman menjadi kenyataan dengan bantuan atau khidmat nasihat dari Pusat Internet 1 Malaysia.