BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Kamariah Binti Mohamad
Umur : 56 tahun
Ahli : 21 September 2016

 

Latar belakang

Puan Kamariah merupakan ibu kepada tujuh orang anak dan beliau merupakan setiausaha di dalam Persatuan Gerakan Persatuan Wanita (GPW).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi melaksanakan tanggungjawabnya, keperluan ICT terutamanya pengurusan dokumen, minit mesyuarat, penggunaan email amat penting dalam tugasnya sebagai Setiausaha Persatuan. Semenjak bulan Januari hingga kini, beliau sangat aktif dalam menghadirkan diri ke kelas yang di laksanakan oleh pengurus PI1M pada setiap hari Jumaat bermula 10.00 pagi-12.00 tengah ari.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan setiap minggu secara konsisten, beliau boleh berdikari dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan ICT seperti penghantaran tugasan melalui Email, membuat minit mesyuarat (Microsoft Word) dan sebagainya.  Beliau juga telah dididik dalam penggunaan dashboard PI1M dan kini beliau kerap kali menggunakan My Komuniti dan My Soal dalam urusan perhubungan antara komuniti dan perhubungan bersama PBT tempatan.