Nama : Nur Syuhada Binti Jumadi 
Umur : 28 tahun
Ahli : 26 Julai 2010

 

Latar belakang

Pada awalnya, Ibu kepada seorang anak ini merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Melihat potensi berniaga atas talian kini meledak dengan pelbagai jenis jualan produk, beliau turut mengambil peluang ini bagi menambah pendapatan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menceburkan diri di dalam perniagaan atas talian, beliau hanya seorang suri rumah sepenuh masa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke Pusat Internet dan ke kelas keusahawanan yang dijalankan setiap bulan. Beliau dididik tentang tatacara mempromosikan produk dan berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan online atau di kenali sebagai ‘Agent Drobship’. Beliau juga telah dididik mengenai perbankan atas talian bagi memudahkan beliau untuk membuat pengurusan ‘online banking’. Hasilnya, pendapatan bulanan beliau meningkat dari semasa ke semasa dan dapat membantu suami beliau untuk menampung kos sara hidup yang tinggi pada masa sekarang. Anggaran purata pendapatan jualan ‘agent dropship’ ialah antara RM300.00-RM500.00 sebulan berbanding dahulu yang hanya mengharapkan pendapatan suami sahaja.