Nama : Safiah Binti Abd Razak 
Umur : 30 tahun
Ahli : 13 Oktober 2016

 

Latar belakang

Pada awalnya, ibu kepada 3 orang anak ini merupakan seorang peniaga di kedai makan dalam kampung di Felda Pasoh 1. Melihat potensi berniaga atas talian kini meledak dengan pelbagai jualan pakaian wanita dan jualan barangan kosmetik, beliau turut mengambil peluang ini bagi menambah pendapatan selain daripada berniaga di kedai makan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menceburkan diri di dalam perniagaan atas talian, beliau hanya berniaga di kedai makan kepunyaan kakak iparnya dan pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan pada masa kini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke Pusat Internet dan ke kelas keusahawanan yang dijalankan setiap bulan. Beliau dididik tentang tatacara mempromosikan produk dan berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan online atau di kenali sebagai ‘Agent Drobship’. Beliau juga telah dididik mengenai perbankan atas talian bagi memudahkan beliau untuk membuat pengurusan ‘online banking’. Hasilnya, pendapatan bulanan beliau meningkat dari masa ke semasa dan dapat membantu suami beliau untuk menampung kos sara hidup yang tinggi pada masa sekarang.