Nama : Nur Syuhada Binti Yaakop
Umur : 24 tahun
Ahli : 9 April 2010

 

Latar belakang

Cik Syuhada merupakan anak peneroka di Felda Pasoh 1. Dahulunya beliau bekerja di Seremban. Oleh kerana keadaan kesihatan ibu dan ayahnya tidak begitu memberangsangkan, beliau telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman. Beliau pada awalnya hanya bekerja di sebuah kedai makan sarapan pagi sebagai pembuat air. Melihat potensi berniaga atas talian kini meledak dengan pelbagai produk, beliau turut mengambil peluang ini bagi menambah pendapatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau hanya tahu menggunakan komputer untuk membuka laman sesawang ‘facebook’ sahaja. Akan tetapi, selepas beliau menghadiri kelas komputer yang dilakukan oleh petugas Pusat Internet, membolehkan beliau mencari peluang untuk berniaga secara atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke Pusat Internet dan menyertai kelas keusahawanan yang dijalankan setiap bulan. Beliau dididik tentang tatacara mempromosikan produk dan berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan ‘online’ atau di kenali sebagai ‘agent dropship’. Beliau juga telah dididik mengenai perbankan atas talian bagi memudahkan beliau untuk membuat pengurusan ‘online banking’. Hasilnya, pendapatan bulanan beliau meningkat dari masa ke semasa dan dapat membantu keluarganya.