Nama : Maslinda Binti Mhd Masri
Umur : 28 tahun
Ahli : 4 May 2010

 

Latar belakang

Puan Maslinda Binti Mhd Masri merupakan Pengurus di Pusat Internet Felda Pasoh 1. Menjadi Pengurus Pusat Internet telah menjadi kelebihan dan membuka jalan kepada beliau untuk berniaga secara atas talian. Bekerja di Pusat Internet memudahkan lagi urusan beliau dalam mempromosikan minyak wangi yang dijualnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya bergantung pada pendapatan bulanan yang diterima setiap bulan. Beliau mendapat kesedaran apabila selama ini pelbagai ilmu keusahawanan yang telah diajar untuk membantu komuniti setempat sahaja, tetapi tidak dimanfaatkan terhadap diri sendiri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan latihan keusahawanan yang diberi oleh pihak HQ, Puan Maslinda telah memanfaatkan ilmu tersebut sebaik mungkin dalam mempromosikan produk perniagaannya. Pada permulaannya hanya saudara dan rakan-rakan terdekat yang mahu membeli minyak wangi yang dijualnya, tetapi berkat kesabaran dan promosi yang dilakukan di dalam media sosial telah mendapat permintaan yang memberangsangkan terhadap minyak wangi  yang dijualnya.