BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Haji Sidek Bin Mat Nor
Umur : 72 tahun
Ahli : 14 February 2017

 

Latar belakang

Haji Sidek merupakan pengerusi Khairat Kematian di Felda Pasoh 1. Sebagai pengerusi, banyak perkara yang memerlukan kepakaran dalam bidang ICT bagi memenuhi keperluan mengendalikan persatuan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bagi melaksanakan tanggungjawabnya, keperluan ICT terutamanya pengurusan dokumen, minit mesyuarat, penggunaan email amat penting bagi melaksanakan tugasannya. Menyedari hal ini, Haji Sidek sering datang ke Pusat Internet Felda Pasoh 1 bagi menghadiri sesi kelas komputer bersama warga emas pada setiap hari Jumaat untuk mempelajari asas penggunaan komputer dan asas internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan setiap minggu secara konsisten, beliau semakin mahir dalam penggunaan asas komputer, video learning melalui saluran Youtube dan asas internet bagi menjalankan tugasannya sebagai seorang pengerusi persatuan.