Nama : Rokiah Binti Abd Rahman
Umur : 34 tahun
Ahli : Jan 2018

 

Latar belakang

Puan Rokiah ialah ibu kepada 4 orang anak dan merupakan salah seorang usahawan tempatan yang aktif di kawasan sekitar Felda Pasoh 1. Pada awalnya perniagaan beliau hanyalah bermula secara kecil-kecilan sahaja. Akan tetapi, oleh kerana permintaan yang tinggi dan memberangsangkan telah meyakinkan lagi Puan Rokiah untuk memperluaskan lagi perniagaannya.    

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya bergantung pada pendapatan bulanan suaminya sahaja. Akan tetapi, beliau telah mendapat kesedaran bahawa beliau perlu mencari jalan bagi membantu suami meningkatkan ekonomi keluarga dalam membesarkan 4 orang anak mereka.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah penglibatan Pusat Internet, beliau telah memanafaatkan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Felda Pasoh 1 sejajar dengan usahanya. Beliau telah menghadiri kelas keusahawan yang dianjurkan Pusat Internet dan menggunakan kemudahan PC dan Internet untuk melakukan promosi produk beliau dilaman sosial seperti FB dan Instagram, membuat flyers dan banner, senarai harga dan juga untuk tujuan pengurusan dokumen-dokumen perniagaannya. Selain itu, beliau juga menggunakan perkhidmatan WiFi-Komuniti bagi tujuan mempromosikan produk bakeri beliau di dalam Dashboard MyShop.