BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Mohamad Adli Safwan Bin Zaidi |
Umur | : 12 tahun |
Ahli | : 1 April 2017 |
Latar belakang
Adik Mohamad Adli merupakan pelajar Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 1. Selama hampir 2 tahun menjadi ahli di Pusat Internet (PI), banyak perkara yang telah beliau pelajari terutamanya dari segi pembelajaran ICT. Selain itu, beliau juga rajin datang ke PI untuk menyertai program yang dijalankan di sini. Beliau juga selalu menghabiskan masa lapangnya di PI dengan melayari internet dan menggunakan kemudahan wifi komuniti yang disediakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kurang berpengetahuan dalam ilmu ICT dan banyak menghabiskan masa di rumah sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan beliau dengan mendaftar sebagai ahli di PI, kini beliau gemar menghabiskan masa lapang dengan melayari internet disini dengan mencari bahan-bahan rujukan yang diminta oleh guru. Selain itu, beliau juga sangat aktif melibatkan diri dalam latihan , kelas serta program yang dianjurkan oleh pihak PI.
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/409-celik-it-suku-tahun-ke-1-2019?showall=1#sigFreeId74794dab06