USAHAWAN PERNIAGAAN MADU KELULUT
Nama | : Mohamad Nazrul Azrie Bin Roslan |
Umur | : 24 tahun |
Ahli | : 11 April 2010 |
Latar belakang
Mohamad Nazrul Azrie Bin Roslan merupakan seorang penternak dan peniaga Madu Kelulut Original yang berasal dari Felda Pasoh 1. Menternak lebah kelulut yang mulanya hanya sekadar suka-suka sahaja kini menjadi sumber pendapatan tambahan kepada Encik Nazrul.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau hanya bergantung pada pendapatan bulanan sahaja. Akan tetapi, beliau telah mendapat kesedaran bahawa beliau perlu mencari jalan bagi meningkatkan ekonomi beliau. Pada awalnya beliau tidak membuat promosi mengenai ternakan lebah dan madu tersebut. Hanya kenalan rapat sahaja yang mengetahui mengenainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah memanfaatkan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Felda Pasoh 1 sejajar dengan usahanya. Beliau telah menghadiri kelas keusahawan yang dianjurkan Pusat Internet dan menggunakan kemudahan PC dan Internet untuk melakukan promosi madu kelulut beliau dilaman sosial seperti FB dan Whatsapp dengan memuatnaik gambar, video dan juga nombor perhubungan untuk mempromosikan produk madu lebah beliau. Beliau juga selalu mencari maklumat mengenai lebah kelulut di Pusat Internet melalui carian di ‘Google’ dan video mengenai lebah kelulut melalui Youtube dan mempromosikan produk perniagaan beliau di dalam Dashboard MyShop.
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/461-usahawan-2-suku-tahun-ke-2-2019?showall=1#sigFreeId19cea6a1cd