USAHAWAN KETUPAT PALAS
Nama | : Nor Hapipah Binti kateran |
Umur | : 36 tahun |
Ahli | : 08 Januari 2017 |
Latar belakang
Puan Nor Hapipah merupakan seorang guru Kafa di Sek Keb Felda Pasoh 1. Puan Nor Hapipah pada awalnya menjalankan perniagaan membuat ketupat palas di rumahnya dan menerima tempahan untuk majlis-majlis. Pada awalnya beliau hanya menjual kepada rakan terdekat sahaja melalui promosi secara mulut ke mulut. Akan tetapi oleh kerana keenakan ketupat palas beliau, permintaan semakin bertambah dari masa ke semasa.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Nor Hapipah kurang pengetahuan dalam mengendalikan promosi jualan di Facebook dan atas talian. Beliau datang ke PI untuk belajar dan mengambil kursus komputer dalam meningkatkan kemahiran beliau dalam ict untuk meningkatkan pendapatan beliau dan memajukan bisnes ketupat palas beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan mengikuti kelas keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet Felda Pasoh 1, beliau mendapat pendedahan bagaimana cara untuk mempromosikan perniagaannya secara atas talian dengan lebih efektif. Beliau juga sudah mahir menggunakan komputer. Beliau mula berjinak untuk mempromosikan perniagaan melalui Facebook dan Whatsapp status.
http://feldapasoh1.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/501-usahawan-2-suku-tahun-ke-3-2019?showall=1#sigFreeIdbf3eeecc07