Nama : Siti Aishah Binti Salleh
Umur : 42 tahun
Ahli : 20 Ogos 2017

 

Latar belakang

Pada awalnya Puan Siti Aishah hanya menjadikan bidang bakeri hanya sebagai minat dan untuk mengisi masa lapang. Beliau sebenarnya tidak mempunyai asas membuat kek tetapi kerana minat, beliau mula belajar cara membuat adunan melalui internet dan kenalan di muka buku. Namun berkat usaha yang gigih dalam menghasilkan kek yang enak dikukuhkan lagi dengan minat yang mendalam, kini menjadikan beliau mahir dalam menghasilkan kek pelbagai perisa dan jenis.

Pada awal tahun 2019 beliau hanya menerima tempahan kek dari saudara mara dan jiran tetangga. Sedikit-demi sedikit hebahan bakeri air tangan beliau mula tersebar daripada pelanggan-pelanggan beliau yang pernah mencuba kek beliau. Di situ lah beliau mula serius dalam mengusahakan Perniagaan Bakeri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT dan PI pelanggan beliau adalah terdiri daripada kenalan-kenalan terdekat sahaja. Konsep jualan yang diketengahkan oleh beliau adalah berniaga dari rumah dan menjual produk dengan menghantar kepada kenalan. Cara promosi pada masa itu hanyalah dari mulut kemulut dan Whatsapp sahaja. Oleh itu hasil jualan beliau dalam lingkungan kenalan dan komuniti setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan program usahawan anjuran Pusat Internet dan lain lain agensi, beliau mempelajari ilmu baru yang banyak membantu beliau dalam mempertingkatkan kualiti dan kuantiti jualan. Antara ilmu usahawan yang dipelajari oleh beliau ialah cara mempromosi jualan menggunakan Facebook dan muat naik ke dalam status Whatsapp. Dengan cara ini beliau dapat mewawarkan perniagaan beliau kepada lebih ramai orang yang mana tidak tertumpu dengan kawasan setempat sahaja. Selain itu binaan ayat-ayat menarik mampu memancing pelanggan untuk mencuba produk jualan beliau.