BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Hawatif Farisha Binti Ahmad Zahidan   
Umur : 9 tahun
Ahli : 26 March 2019

 

Latar belakang

Beliau merupakan pelajar sekolah rendah. Selain itu, beliau juga rajin datang ke PI bagi menyertai program yang dijalankan di sini. Beliau juga selalu menghabiskan masa lapangnya di PI dengan melayari internet untuk mencari maklumat pembelajaran di internet. Selain mencari bahan untuk kerja rumah, beliau juga sering menonton video di Youtube.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir mengenai penggunaan ICT dan banyak menghabiskan masa di rumah sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan oleh PI Felda Pasoh 1, kini beliau sudah boleh menggunakan komputer dan internet dengan baik. Setelah mengikuti pelbagai kelas dan aktiviti anjuran PI, adik Hawatif mula berjinak-jinak dengan aktiviti ICT seperti membuat poster dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word dan Powerpoint.Beliau juga sering menjawab soalan kuiz ‘online’ di laman web Quizziz.Co.