Nama : Hamran Bin Hassan
Umur : 48 tahun
Ahli : 20 Jun 2017

 

Latar belakang

Encik Hamran Bin Abu Hassan merupakan anak peneroka Felda Pasoh 1 dan juga setiausaha di Surau Darul Taqwa. Beliau merupakan pengasas bagi kumpulan Qasidah Darul Taqwa. Penubuhan kumpulan Qasidah ini bermula apabila Surau Darul Taqwa menganjurkan pertandingan nasyid. Encik Hamran menyedari bahawa ada dikalangan peserta mempunyai bakat yang boleh diketengahkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dalam penggunaan ICT dan PI, kumpulan Qasidah Darul Taqwa hanya membuat persembahan tanpa sebarang bayaran, Ianya merupakan salah satu bentuk promosi untuk orang ramai mengenali kumpulan Qasidah. Encik Hamran menyedari bahawa cara promosi sebegini tidak begitu membantu dari segi kewangan. Oleh yang demikian beliau telah hadir ke Pusat Internet dan telah mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Pasoh 1 dan mempelajari cara untuk mempromosikan kumpulan Qasidah bimbingan beliau dengan menggunakan kemudahan internet disana.  

Selepas penglibatan program usahawan anjuran Pusat Internet, beliau mempelajari ilmu baru yang banyak membantu beliau  sudah mahir menggunakan komputer dan  semakin rajin mempromosikan perniagaan dan memuat naik gambar dan video Qasidah melalui laman sesawang Facebook dan Whatsapp status. Selain itu juga, kumpulan Qasidah bimbingan telah mendapat permintaan yang memberangsangkan dari penduduk luar kawasan Felda Pasoh 1 selain dapat menjana pendapatan terhadap ahli-ahli dimana kebanyakan dari mereka ialah pelajar sekolah