SYU OBSESS 

Nama :Nur Syuhada Binti Jumadi
Umur : 30 tahun
Ahli : 06 Jun 2010

 

Latar belakang

Puan Syuhada merupakan seorang usahawan separuh masa. Beliau mula berniaga di atas talian pada tahun 2017. Beliau menjual produk kosmetik berjenama Obsess Cosmetics di kawasan Negeri Sembilan secara atas talian dan menghantar melalui perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia. Dengan menjadi usahawan dalam talian, ia dapat membantu menambah pendapatan beliau. Menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian dan perniagaan telah menjadikan beliau berminat untuk menggunakan perkhidmatan di PI Felda Pasoh 1 serta menambah pengetahuan dalam bidang ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kos penggunaan ICT untuk urusan perniagaan beliau tinggi dan juga beliau tiada ilmu tentang perniagaan secara online.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Melalui kelas latihan dan pengajaran tentang keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pasoh 1, dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PI.